Wednesday, September 24, 2008

ما أحلى الصوم (قصيدة للأطفال)


أُمّيْ.. أمّيْ، أَبغِيْ الصَّوْمَا كبقيّةِ إخوانيْ يَوْمانَلهُوْ، نشدُوْ حتّى الفَجْرِ كمْ نُبدِيْ: "ما أحلَى النَّوما"ابنِيْ زيدٌ، اسمعْ قَولي مَا الجدْوَى مِن مَنْعِ الأَكْلِ؟!هلْ تَدرِيْ مَعنىً للصَّومِ؟ أوْ تَحفَظُ شَيئاً مِن فَضْلِ؟!الحِكْمَةُ مِن هذا الشَّهْرِ: تقْوَى اللهِ، وَنَبْذُ الكِبْرِأنْ تَذْكرَ إخْواناً عاشُوا في جُوعٍ في ظلِّ الفَقْرِأمِّي شكراً، شكراً أمّي أدركتُ الحِكمةَ مِن صَومِيْوسَأبذلُ خيراً كيْ أَحيَا مَسرُوراً دَوماً في يَومِيْ

Tuesday, September 09, 2008

warkah cinta buat yang dicintai...

Oleh: Sdri. Nik Nurulsyuhada’ Binti Ismail
“Ya Tuhanku,kurniakanlah aku dua mata yang suka berlinang menitiskan air mata sebelum datang saat di mana mata menitiskan darah dan gigi-gigi menjadi bara..
ameen…”
Buat ALLAH yang amat ku kasihi…
Di kala insan lain sedang lena dalam dakapan mimpi, hambaMu yang hina ini bangkit untuk menghadap_Mu Ya Allah. Meskipun diri ini masih dalam keadaan ma’zurah, aku tetap ingin qiyam Ya Allah. Hati ini terlalu rindu untuk merasai kelazatan dan kenikmatan bermunajat kepada_Mu.. Hati ini sudah terlalu jauh dariMu Ya Allah.
Ya Allah yang amat ku cintai…
Aku tak punyai bahasa yang indah untuk digunakan ketika bermunajat ke hadratMu.. Susunan bahasaku sekadar ucapan biasa yang lahir dari hati yang kotor ini dan terucap di bibir.
Ya Allah..
Meskipun begitu,aku tetap berharap agar Kau mendengar rintihan hati ini.. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaMu ini sama ada dizahirkan ataupun tidak.
Ya Allah cinta agungku..
Telah aku terumbang-ambing di lautan kesepian tatkala diri ini benar-benar berjauhan dariMu. Telah aku harungi hari-hariku dalam kegelapan tanpa petunjuk dari_Mu. Hari ini, saat ini.. tiba-tiba hati ini terlalu rindu untuk bertemu dengan_Mu.. Diri ini terlalu mendamba kasih sayang dan pimpinan dari_Mu Ya Rahman. Dosa-dosa yang ku lakukan semalam telah menghitamkan hati ini, hingga payah bagi nur hidayah_Mu untuk menyelinap masuk walau seketika. Hati ini sesungguhnya telah ternoda oleh dosa-dosa semalam. Maka dengan itu Ya Allah.. kurniakanlah aku sekeping hati yang baru sekiranya hati yang kau berikan itu sudah rosak. Berilah daku hati yang sentiasa mengingatimu, yang cepat tersentuh tatkala mendengar kalimahmu.
Ya Allah,aku merindui syahid di jalanmu.. aku ingin kembali pada_Mu dengan hati yang bersih.. membawa bersama kuntuman cinta untukku hadiahkan pada_Mu

Thursday, July 31, 2008


HAWA…
-Sedarlah engkau sebelum datangnya sinar islam,kita dizalimi,hak kita dicerobohi,kita ditanam hidup-hidup,tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam,tiada nilai di mata adam,kita hanya sebagai alat untuk mereka.
Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam,bila sinar islam berkembang darjat kita diangkat,maruah kita dapelihara,kita dihargai dan dipandang mulia dan mendapat tempat disisi allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

WAHAI HAWA…
Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman islam itu? kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati dalam ajaranNya?kenapa masih segan mengamalkan isi,kandungannya dan kenapa masih ragu dalam mentaati perintahnya?

WAHAI HAWA. . . .
Tangan yang menggongcang buaian boleh menggongcang dunia,sedarlah hawa kau dapat menggongcangnya dunia yang melahirkan manusia yang hebat yakni soleh dan solehah kau bisa menggegarkan dunia dengan menjadi isteri yang taat setia serta memberi sokongan dan dorongan kepada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.

TAPI HAWA. . .
Jangan sesekali kau cuba menggongcangkan keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu, jangan kau menghetak-hetak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu
Jangan hawa…
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu
Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia akan mengundang kemurkaan dan kebencian allah dan memberi kegembiraan kepada syaitan kerana wanita solehah adalah jala syaitan,alat yang dieksploitasikan oleh syaitan untuk menyesatkan adam.

HAWA…
Andai engkau masih remaja jadilah anak yang solehah bagi ibu bapamu, andai engkau telah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suami,andai engkau seorang ibu,didiklah anakmu sampai ia tidak gentar memperjuangkan ad-dien allah.

HAWA….
Andai engkau belum nenikah, jangan risau akan jodohmu .ingatlah hawa janji tuhan kita ’wanita yang baik untuk lelaki baik’ jangan engkau menggadai maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan engkau memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki
kerana engkau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya

HAWA…..
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati dari senyuman membawa ke salam dari salam cenderung kepada pertemuan…takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

HAWA….
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita kerana keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai melalui keayuannya, kemanjaanya serta kemampuan menggongcang keimanan mereka

TETAPI HAWA…..
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-diennya .lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana ia takut membari kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. lelaki yang warak juga tidak bermain cinta sebab dia tahu apa tujuan sebuah pertemuan yakni pernikahan



OLEH ITU HAWA…
Jagalah pandanganmu
Jagalah pakaianmu
Jagalah akhlakmu
Kuatkan pendirianmu andai kata ditakdirkan tiada cinta dari adam untukmu cukuplah hanya cinta allah menyinari dan memenuhi jiwamu biarlah hanya cinta ibubapa yang memberi kehangatan kebahagiaan buat diri mu cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakanmu

HAWA…
Cintailah allah dikala susah dan senang kerana engkau akan memperolehi cinta dari insan yang mencintai allah
Suatu saat ada yang harus pergi suatu saat ada yang akan datang mungkin yang pergi takkan kembali dan mungkin yang datang hanya sebentar.


Friday, July 25, 2008

wahai orang- orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu' berilah kelapangan di dalam majlis, maka lapangkanlah nescaya ALLAH akan memberi kelapangan untukmu dan apabila dikatakan 'berdirilah maka berdirilah nescaya ALLAH akan mengangkat darjat orang2 yang beriman diantaramu dan orang2 yang diberi ilmu beberapa darjat dan ALLAH MAHATELITI dengan apa yang kamu kerjakan....al-mujadalah:11

Thursday, July 24, 2008


WAHAI ADIK- ADIKKU YANG KUSAYANGI,
JADILAH SEORANG HAMBA ALLAH YANG SENTIASA TAAT PADA PERINTAHNYA
JANGANLAH ENGKAU MUDAH BERPUTUS ASA DENGAN SEGALA UJIAN YANG TELAH TERTIMPA KEATAS KALIAN
ANGGAPLAH INI SEBAGAI SEBUAH TARBIAH BUATMU DALAM MENDIDIK DIRIMU UNTUK MENGENALINYA DENGAN LEBIH DEKAT……………..

ADIK-ADIKKU YANG KUSAYANGI
SAYANGILAH SEBUAH PERKENALAN YANG TELAH TERCIPTA ANTARA KITA INI
SEANDAINYA KITA TERPISAH, UKHWAH ISLAMIAH INILAH YNG BISA MENYATUKAN KITA SEMUA….ITULAH SEBUAH HAKIKAT WAHAI ADIK-ADIKKU


SALAM UKHWAH SEKENCANG MAHABBAH BUAT ADIK-ADIKKU…..

SALAM PERTEMUAN BUATMU,MOGA UKHWAH INI TERBINA BAK MUTIARA DI DASAR LAUTAN,WALAU TIDAK KELIHATAN, NAMUN NILAINYA TETAP TINGGI DIPANDANGAN MATA……..

JANGAN PISAHKAN KAMI


Aku memandangnya. Sayu. Hambar. Lesu. Tanpa rasa. Dia masih seperti itu. Lama aku tinggalkannya. Sejak sebulan lalu. Kami tidak bertegur sapa. Tiada ucap cinta, tiada sentuhan, tiada belaian, tiada... segalanya seperti seolah-olah tidak pernah berlaku. Aku jadi gelisah, sejak dua hari lalu, urusanku seringkali tertangguh, bermasalah dan tiada penyelesaian. Aku seperti kehilangan sesuatu. Wang? Cukup, malah lebih daripada mencukupi.Lapar? kenyang hingga melampau-lampau, sebut apa sahaja semuanya lalu. Sakit? Aku masih bisa berjalan, berlari, bergerak cergas seperti orang lain. Teman? Banyak teman-teman disisiku yang mengasihiku, ibu bapa yang memberi dorongan padaku. Lantas apa? Aku ini kehilangan apa dalam hidupku? Aku jadi penasaran terus!!! Suatu hari aku terpandangnya. Hasrat hati ingin menegur tetapi aku tiba-tiba jadi kaku. Malu, malu kerana aku telah meninggalkannya, malu kerana aku mengabaikannya, malu kerana aku tidak menyentuhnya, membelainya bahkan sudah lama dia tidak kusapa.


Lalu aku beranikan diri. Aku menyentuhnya. Tiba-tiba, hati jadi sayu. Jiwa jadi terharu. Fikiranku keliru. Saat jariku menyentuhnya, segalanya berubah. Lantas ia kucium. Kutatap wajahnya. Dia seakan tersenyum padaku. Aku hiba. Luluh jiwaku. Rasa pedih dan kehilangan mulai hilang sedikit demi sedikit. Kami saling berhadapan.Aku mulakan bicaraku, sepatah demi sepatah. Dia seolah mendengar. Tuhan pun mendengar sama. Seluruh jasadku jadi menggeletar tiba-tiba katanya, "Setiap yang hidup pasti akan mati." Saat itu aku rasa seolah dia memberitahuku siapa aku sebenarnya. Tambahnya, kata Tuhan, "Tidak aku ciptakan manusia kecuali untuk menyembahKu." Aku teringat sesuatu. Aku pernah mendengar itu suatu masa dahulu. Ya, dia pernah mengatakan itu juga. Aku tatap ia lagi. Masih tidak puas. Ah rupanya ada sesuatu antara kami. Ada rindu yang tak berkesudahan. Ada cinta yang tak terungkap. Ada bicara seribu makna.Lagi.. ada kasih yang masih tak terucap. Terus aku koreksi hati. Ini yang aku cari. Sebuah cinta tinggalan kekasih hati. Sebuah kitab yang tersimpan lama milik Tuhan untuk insan. Beribu bicara tuhan masih tersimpan. Selagi belum kiamat, ia akan terus dibela, dipelihara. Ah hati mahu kamu rupanya Furqan, Kitaab, A-Zikr, atau nama panggilan biasa mu Al-Quran. Tuhan, jangan pisahkan kami!!! Jangan biarkan aku merana begini! Wahai hati, baliklah padanya. Walau sesibuk mana. Ia masih di situ. Menantimu. Sampai tiba waktumu..