Thursday, July 31, 2008


HAWA…
-Sedarlah engkau sebelum datangnya sinar islam,kita dizalimi,hak kita dicerobohi,kita ditanam hidup-hidup,tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam,tiada nilai di mata adam,kita hanya sebagai alat untuk mereka.
Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam,bila sinar islam berkembang darjat kita diangkat,maruah kita dapelihara,kita dihargai dan dipandang mulia dan mendapat tempat disisi allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah.

WAHAI HAWA…
Kenapa engkau tidak menghargai nikmat iman islam itu? kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati dalam ajaranNya?kenapa masih segan mengamalkan isi,kandungannya dan kenapa masih ragu dalam mentaati perintahnya?

WAHAI HAWA. . . .
Tangan yang menggongcang buaian boleh menggongcang dunia,sedarlah hawa kau dapat menggongcangnya dunia yang melahirkan manusia yang hebat yakni soleh dan solehah kau bisa menggegarkan dunia dengan menjadi isteri yang taat setia serta memberi sokongan dan dorongan kepada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia.

TAPI HAWA. . .
Jangan sesekali kau cuba menggongcangkan keimanan lelaki dengan lembut tuturmu,dengan ayu wajahmu, dengan lenggok tubuhmu, jangan kau menghetak-hetak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu
Jangan hawa…
Jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu
Jangan sesekali menggoda lelaki yang bukan suamimu kerana aku khuatir ia akan mengundang kemurkaan dan kebencian allah dan memberi kegembiraan kepada syaitan kerana wanita solehah adalah jala syaitan,alat yang dieksploitasikan oleh syaitan untuk menyesatkan adam.

HAWA…
Andai engkau masih remaja jadilah anak yang solehah bagi ibu bapamu, andai engkau telah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suami,andai engkau seorang ibu,didiklah anakmu sampai ia tidak gentar memperjuangkan ad-dien allah.

HAWA….
Andai engkau belum nenikah, jangan risau akan jodohmu .ingatlah hawa janji tuhan kita ’wanita yang baik untuk lelaki baik’ jangan engkau menggadai maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan engkau memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki
kerana engkau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya

HAWA…..
Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati dari senyuman membawa ke salam dari salam cenderung kepada pertemuan…takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri

HAWA….
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita kerana keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai melalui keayuannya, kemanjaanya serta kemampuan menggongcang keimanan mereka

TETAPI HAWA…..
Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-diennya .lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana ia takut membari kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. lelaki yang warak juga tidak bermain cinta sebab dia tahu apa tujuan sebuah pertemuan yakni pernikahan



OLEH ITU HAWA…
Jagalah pandanganmu
Jagalah pakaianmu
Jagalah akhlakmu
Kuatkan pendirianmu andai kata ditakdirkan tiada cinta dari adam untukmu cukuplah hanya cinta allah menyinari dan memenuhi jiwamu biarlah hanya cinta ibubapa yang memberi kehangatan kebahagiaan buat diri mu cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakanmu

HAWA…
Cintailah allah dikala susah dan senang kerana engkau akan memperolehi cinta dari insan yang mencintai allah
Suatu saat ada yang harus pergi suatu saat ada yang akan datang mungkin yang pergi takkan kembali dan mungkin yang datang hanya sebentar.


No comments: